NAMA : JULIANA MOHAMMAD

NO. PEND : 302 DTK 98

 

 

TUGASAN AKITEKTUR SISTEM KOMPUTER

 

TAJUK : PROPOSER SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER DI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH
 
  
 

Pengenalan

Sistem rangkain komputer atau lebih dikenali dengan Network adalah merupakan satu sistem yang menghubungkan komputer atau peralatan lain diantara satu sama lain. Bilangan peralatan yang dihubungkan dikenali sebagai ‘Node’ini boleh diwujudkan dari dua sehingga beberapa ratus. Semua node yang terdapat dalam satu rangkaian boleh berhubungan dan berkomunikasi di antara satu sama lain. Sistem perangkaian ini membawa banyak kemudahan kepada pengguna dari segi perkongsian data, perisian, perkakasan dan juga penghantaran maklumat.

 

Netwok mempunyai beberapa klasifikasi yang bergantung kepada jarak dan keluasan sesebuah kawasan dimana komputer-komputer ingin dihubungkan. Terdapat tiga jenis sistem rangkaian iaitu :

    1. Sistem Rangkaian Setempat (LAN – Local Area Network)
    2. Sistem Rangkaian Jarak Jauh (WAN – Wide Area Network)
    3. Sistem Rangkaian Metropolitan (MAN – Metropolitan Area Network)
 

 

 

Definasi bagi setiap jenis Sistem Rangkaian

 

Sistem Rangkaian Setempat (LAN)

Sistem ini diperlukan bagi penyambungan komputer yang terdapat dalam jarak yang terhad iaitu satu lokasi atau lokasi setempat seperti dalam sebuah bilik atau bangunan yang sama. Perhubungan maksimum antara satu rangkaian ke rangkaian yang lain biasanya dihadkan kepada isyarat atau had pembinaan rangkaian yang melibatkan masa antara penerimaan dan penghantaran maklumat. Biasanya iameliputi jarak yang tidak melebihi 2 kilometer dan kelajuan dalam penerimaan isyarat atau maklumat adalah diantara 10 hingga 100 Mps bergantung kepada keupayaan peratan yang digunakan.

 

Sistem Rangkaian Jarak Jauh (WAN)

Sistem ini meliputi perhubungan atau rangkaian antara komputer yang berada dalam jarak yang lebih jauh seperti dalam satu bandar atau wilayah. Ia menggunakan kabel pembawa atau dikenali sebagai ‘common carrier’ yang biasanya disediakan oleh syarikat.

 

Sistem Rangkaian Metropolitan

Ia sebenarnya merupakan WAN tetapi ia merangkumi LAN yang lebih besar dan kawasan yang luas sehingga meliputi perhubungan antara negara atau seluruh dunia. Sistem ini dihubungkan samada talian sistem telefon, satelit atau talian penghantaran mikrowave bergantung kepada jarak perhubungan yang diingini.

 

Bagi proposer networking di JKE, sistem yang perlu digunakan ialah LAN kerana ia merangkumi keluasan kawasan yang kecil iaitu di antara bangunan-bangunan yang berdekatan.

 

 

 

 

 

KOMPONEN UTAMA NETWORK

 

Komponen-komponen network terbahagi kepada 3 iaitu:

    1. Perkakasan – komputer, modem, printer
    2. Media Penghantaran – kad rangkaian, kabel, topologi
    3. Protokol – operating system rangkaian (NOS)
 

 

Untuk mewujudkan satu sistem rangkaian samada bersaiz besar atau kecil, beberapa komponen diperlukan dalam pembinaannya. Secara ditirnya komponen-komponen tersebut adalah seperti berikut:

 

  1. Komputer Utama (Server)
 
  1. Stesen kerja (Workstation)
  1. Kabel
    1. Kos
    2. Kadar penghantaran data
    3. Ketebalan yang menyebabkan UTP penghantaran lebih mahal, halus dan laju
 
  1. Kad Antara Muka Rangkaian
    1. LANstatic
    2. Ethernet
    3. ARCnet
    4. Token Ring
 
  1. Perisian Rangkaian
 

 

 

 

 
  1. Perisian Penggunaan
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
PROPOSER NETWORKING DI JKE

 

Sistem rangkaian di JKE adalah sebahagian atau sub daripada rangkaian keseluruhan atau global di PUO. Sistem rangkaian komputer di JKE menggunakan sistem LAN (Local Area Network). Rajah di bawah mengambarkan komponen asas dalam pembinaan LAN
 

Gambaran ringkas komponen-komponen dalam pembinaan LAN

 

 

Dalam penyediaan proposer ini, beberapa perkara perlu dititikberatkan untuk membentuk atau merekabentuk LAN iaitu :

 

    1. Kelajuan Rangkaian
    2. Jenis aplikasi/sumber yang hendak dikongsi
    3. Belanjawan
    4. Perkakasan yang ada dan perlu digunakan
    5. Bilangan stesyen
    6. Latihan kakitangan
    7. Had maksimum LAN
    8. Security
    9. Topologi
 

Pemilihan bentuk topologi adalah penting untuk kesesuaian di JKE dan juga untuk menjamin penjimatan dari segi peralatan dan juga kos. Setiap topologi mempunyai kebaikan yang tersendiri. Jenis-jenis topologi ialah :

    1. Bus
    2. Ring
    3. Star
Bentuk topologi adalah bergantung kepada :
    1. Bilangan komputer yang dirangkaikan
    2. Keadaan asal pejabat
    3. Kedudukan komputer
    4. Keluasan pejabat
 

 

Di Jabatan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, makmal komputer N207 dan N206 boleh dijadikan sebagai workstation memandangkan penggunaan komputer adalah berpusat di kedua-dua makmal ini. Rajah di bawah merupakan gambaran struktur rangkaian komputer di bangunan blok baru JKE.

 
Gambaran Struktur Rangkaian di Blok N207 dan N206
 
 
Gambaran Ringkas Sistem Rangkaian dalam kedua-dua Workstation
 
SENARAI PERKAKASAN DAN PERISIAN YANG DIPERLUKAN UNTUK
SISTEM RANGKAIAN (LAN ) DI JKE

 
PERKAKASAN/PERISIAN
SERVER

Digital Prioris HX 6200MP/1

Big Mini Tower Casing

  • Processor : Pentium II, maximum 2 processor
  • Chace : 16KB Internal Chace Standard, 513KB Integrated (onto processor chip)
  • Memory : 128MB RAM, Upgradable to 2G
  • Hardisk : 2 x 4GB SCSI Quad Speed
  • Floppy drive: 1.4 MB/3.5"
  • CD-Rom Drive : 60x Speed, 600MB
  • Network Interface Card : AMT Link PCI
  • Monitor : 17" high-resolution color monitor
  • Backup tape : 4/8GB 5.25" x 1.6 Hi SCSI 4mm DAP tape drive
  • Slots : 7 x PCI, 2 x EISA
  • SVGA graphics controller
  • Memory slots : 20 SIMM 
  • Power supply : 450 Watt
  • External Ports : 2 x serial ports, 1 x bi-directional enhance port, 1 x PS/2 keyboard port, mouse port
  • PS/2 mouse and keyboard
  • UPS : APC Smart UPS 1400VA with PowerChute Plus for Windows NT Management System
  • Operating System : Microsoft Windows NT Server Ver 4.0 (30 user)
  • Anti Virus Software : Norton Anti Virus
PERISIAN / PERKAKASAN
WORKGROUP HUB (DEPARTMENTAL HUB)

3COM Superstack II Hub 10 (12 and 24-ports)

  • Ports per unit : 12/24 UTP port ( 1 x 12-ports and 1 x 24-ports)
  • Media Interface : 10Base – T/RJ- 45 UTP
  • Total number of unit stack : Up to eight units operating as one stack that can be manage by one management module
 

RACK MOUNT SYSTEM

6U 19" Mini Rack Mount

  • Mini rack system for hub and switches
  • 3 x 13Amp Power Socket
 

6 x CENTRE HUB

 

UTP CABLING

  • Cat.5 UTP cable
  • Face Plate
  • PVC Condiut
 

 

 

 

 

 

 

 

 

Spesifikasi Proposer

 

    1. Sambungan antara setiap unit dalam worksation adalah menggunakan sambungan dial-up menggunakan talian telefon biasa kerana ia lebih mudah dan murah.
    2. Hub merupakan penghubung antara peralatan yang terdapat dalam sistem rangkaian.
    3. Satu server yang terdapat dalam jabatan adalah untuk memudahkan semua pengguna mencapai aplikasi dan program yang disediakan dalam setiap pelayan di jabatan.
    4. Struktur rangkaian yang dicadangkan mampu menyediakan perkhidmatan perkhidmatan Intranet dan Internet kepada semua pengguna dengan kadar pencapaian yang memuaskan. Struktur ini juga boleh memberikan perkhimatan yang lain seperti multimedia, telefon dan video melalui penambahan hardware-hardware dan peralatan yang tertentu.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERATURAN-PERATURAN AM DALAM PEMBINAAN LAN

 

  1. Sebarang talian yang bersambung pada Sistem Rangkaian Setempat tidak boleh ditanggalkan. Talian-talian ini adalah sangat peka. Anda hanay boleh memutuskan hubungan talian ke komputer peribadi sekiranya berlaku kerosakan kecil dan sekiranya berlaku kerosakan yang besar, barulah hubungan semua pengguna LAN boleh diputuskan.
  2. Cetakan atau mendapatkan data hanya boleh dilakukan apabila server telah dipasangkan dan komputer pribadi telah disambungkan ke rangkaian setempat. Sekiranya terdaat masalah untuk memasuki drive ‘H’, pastikan komputer telah di ‘log in’ ke server.
  3. Setiap pengguna mesti mempunyai ‘password’ . Sekiranya ‘password telah diketahui oleh pengguna lain, adalah lebih baik jika password ditukar.
  4. Untuk memastikan sistem rangkaian berjalan dengan lancar, LAN kabel dan peralatan kabel yang lain sepewrti hub dan ‘printer sharing device’ mestilah sentiasa dipastikan bersambung dengan baik. Perisian Sistem Rangkaian Setempat di setiap komputer peribadi mestilah juga dipasang untuk membolehkan ia disambung ke server.
  5. Pengguna yang terlibat dalam satu projek yang sama, ‘System Administrator’ boleh membuka satu ‘user ID’ bagi kumpulan berkenaan.
  6. Sesuatu data yang sedang digunakan oleh seseorang pengguna hanya boleh digunakan oleh pengguna lain selepas pengguna tersebut selesai.
  7. Pastikan server telah di ‘shutdown’ dengan sempurna sebelum menutup sistem.
 
Feel Free To Visit My Lecturer Page
Hasnim Harun